Tuesday 19 April 2011

Indahnya Pemandangan Jika Anda Berkunjung Ke Medan Ikan Bakar Teluk Muruh

     Di awal penubuhan Medan Ikan Bakar iaitu lebih kurang 20 tahun yang lalu ianya diusahakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Selatan. Kemudian ianya diambil alih oleh saya sebagai salah seorang anak ahli persatuan tersebut. Terimakasih banyak kepada Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Selatan kerana memberi peluang untuk memajukan Medan Ikan Bakar ...yang mana ianya merupakan satu satunya Medan Ikan Bakar yang masih unggul bersaing dengan restoran-restoran yang bagai cendawan tumbuh  selepas hujan.
     Kedudukan Medan Ikan Bakar yang strategik, dimana ianya berada ditengah kawasan pelancongan seperti Pulau Pangkor, Teluk Batik, Naval Base dan Marina Island menjanjikan pemandangan yang indah, terutamanya di waktu matahari hampir terbenam. Untuk sampai ke Medan Ikan Bakar amat mudah kerana ianya berada bersebelahan dengan Hotel Marina Cove. Beroperasi dari pukul 5.00pm - 10.30pm. Anda juga boleh menghubungi no 013 5287649 untuk tempahan.  

No comments:

Post a Comment